"i am the author of my life..UNFORTUNATELY i'm writing in pen and can't erase my mistakes easily..BUT i realized those mistakes actually teachers in my life today.."
Saturday, January 22, 2011
...AddicteD...
Monday, January 10, 2011
Bersabarlah wahai hati..
Kadang kala hati ini terasa terlalu gembira..
Memikirkan detik manis yang bakal dilalui..
Kadang kala hati ini amat perih..
Memikirkan detik pahit yang sedang dilalui..
Kadang kala hati ini keliru..
Memikirkan detik detik yang tidak keruan..
Bersabarlah wahai hati..
Di dalam hati..tersimpan seribu kegembiraan..
Di dalam hati..tersimpan seribu kesedihan..
Di dalam hati..tersimpan seribu kekeliruan..
Bersabarlah wahai hati..
Hari ini,terasa ingin menggapai bintang nun di langit..
Kerana gembiranya hati..
Hari ini,terasa ingin menjerit meraung sekuatnya..
Kerana hibanya hati..
Hari ini,terasa ingin membongkar segalanya..
Kerana kelirunya hati..
Bersabarlah wahai hati..
Bersabarlah wahai hati..kerna suatu hari..
Pasti segalanya kembali untuk diubati..
BERSABARLAH WAHAI HATI..
Thursday, December 16, 2010
Kepulan kepulan putih..
Kepada mereka2 yang berada di tempat sama seperti aku..marilah kita sama2 cuci peparu bila da abes intern nanti ek..Camne nak cuci tu aku pon x tawla..pakai febreeze buleh la kot..
Sunday, December 12, 2010
Di kala kebosanan melanda...
Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu garage boss terbuka..
Boss: Yang tolong tengokkan garage rumah kita..pintu dia terbuka la..
Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak garage I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat dlm tu?
Friday, December 10, 2010
BERSYUKURLA ADA BANGLA KAT NEGARA KITA NI..
Hari ni baru aku rasa bersyukur ada BANGLA kat malaysia ni..
Korank taw nape?
Korank cuba tgk bgnan tinggi2 tuh..
Sape yg buat?
Memangla hasil kerja engineer,arkitek,dan orang berkerjaya laen2..
Tapi ape yg terselindung di sebalik tu..korank mungkin x taw..
Engineer..arkitek..consultant..semua tu manage project..
Tapi..tanpa bantuan BANGLA2 yang keje kat site tu..
x de nyer bangunan tinggi2 tu naek sendiri..
Dieorg tu kira gadai nyawa nak wat bangunan tu..
Kalo aku p0n..pk lebih 10 kali nak naek atas tuh..
Walaupun ade terdetik kat hati aku nak nanges duk site ni..
But at da same time..aku bersyukur..
Bnyk benda aku blaja walaup0n baru beberapa hari di sini..
Kalo ekotkan hati..skang jugak nak cab0t lari..
Tapi..masih bnyk ilmu yg boleh aku timba kat sini..
Even dari BANGLAA pon sebenarnya buleh blaja..korank jgn x taw..hehe..
Tadi farid bwk aku naek sampai tingkat 5..terketar2 lutut..
Satu hari t..hari nak naek sampai atas..tanpa rasa takot2..
Skang ni aku tgh kumpul kekuatan dan keberanian..
Aku nak jadi brani cam BANGLA2 tuh..
Tanpa BANGLA2 tuh..agk2nya ada ke di kalangan kite ni nak gadai nyawa panjat tinggi2..
Dieorg cuma panjat atas besi2 and kayu2 kat situ je..
sekelip mata je buleh jatuh dari tingkat atas smpai bwh..
Bersyukurla ade nya dieorg walaup0n kadang2 dieorg ni bwk masalah kat negara kita ni..
But at the same time..dieorg pon turut membantu kita dlm construction..
K la..mau chow dulu..
Wednesday, December 8, 2010
Sehari berintern..
Hanya aku je pompuan kat site..macam x caya..
betol ke aku nak teruskan internku di sini?
Hari tu beria cngt nak g site..skang sape yg susah?
Hari ni baru stat masok site opis..
Terima kasih Farid coz bg tunjuk ajar..
Benda yang aku paling takot kat site..
Tibe2 aku kene buat..
Aku terpaksa panajt memanjat guna tangga berjaring tu..
Takot bukan kepalang..aku GAYAT!!!
Padan muka ko Mareney..sape suh datang cni..
Bila farid langkah je kaki naek tangga tu..trud DUB DAB DUB DAB jantung aku..
Mak tolong..!!!!niny gayat..
Kalo mak aku taw ni..mampos aku..
Sebelum ni aku tgk je bgunan tinggi2 in construction..aku tgk tangga die..
Penah jgak aku pk...akan x kan naek benda2 camni..
Mak aku pon pesan..JGN PNJAT TINGGI2..
Saya terpaksa..mampos aku nanti..nak pnjat smpai tingkat 12..
terketar2 la pala lutut aku t..MAAAAKKKKKK!!!!!!
Harap2 pasni aku biasa la panjat naek turun tangga tu..
DOAKAN AKU KAWAN2..TAKOT!!!!!!!!!
Tuesday, November 9, 2010
Kisah BISKUT...
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.Alangkah tak malunya lelaki ni.. dah la tak mintak dari aku... makan sama banyak dengan aku pulak tu..Pencuri!! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar...kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
Moral of da story : Kalo ye pon nak makan biskut..jgnla syok sngt..sampai x pasan p makan biskut org laen..haha~