Thursday, October 6, 2011

Kehebatan Asmaul Husna

Pagi ni aku terbangun awal dari hari2 biasa..tak lena tido semalam memikirkan tajuk FYP..Saat2 hati tak tenang dan diburu kerisauan,waktu inilah aku rasa dekat dengan pencipta segala makhluk di dunia ni..Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang manusia, teringat penciptaNya bila berada dalam kesusahan..Tergerak hati aku untuk bukak satu buku kecik pemberian seorang kakak sempena perkahwinannya baru baru ni..Dalam buku kecik ni terkandungi rahsia di sebalik Asmaul Husna..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa menghafalnya akan masuk syurga." Riwayat Bukhari, Muslim, & Tirmidzi.

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asmaul Husna terdapat misteri yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia.InsyaAllah, Allah akan mengabulkan keinginan seseorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan misteri yang terkandung di dalam nama tersebut.

Pagi ini aku ingin kongsi kehebatan beberapa nama2 dalam Asmaul Husna yang mungkin amat berguna untuk sesiapa sahaja hambaNya di luar sana...

1)YA ALLAH : Bacalah 5000x dengan khusyuk, tertib, ia akan dapat membersihkan rohani untuk dekat pada Allah SWT setiap hari..

2)YA RAHMAN (Maha Pemurah) : 500x sesudah solat 5 waktu, maka hati kita akan menjadi terang, tenang, tidak pelupa dan rasa gugup akan hilang dengan izin Allah..sangat berguna kita terutama apabila ingin menghadapi peperiksaan, presentation dan mudah memahami apa yang dipelajari..

3)YA BARI' (Maha Membebaskan) : 100x selama 7 hari berturut2 (sewaktu menderita sakit), InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.

4)YA RAZZAQ (Maha Pemberi Rezeki) : baca mengikut kemampuan sesudah solat fardhu, InsyaAllah dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat..sangat berguna apabila kita ingin melangkah ke interview mencari pekerjaan satu masa nanti...dan urusan2 yang lain..

5)YA SHAKUR (Maha Pembalas) : 40x,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak..Amat baik jika dilakukan selepas solat hajat..

Untuk pagi ini aku kongsi 5 kehebatan Asmaul Husna..Jangan takut melihat bilangan angka kita perlu menyebut namaNya, yang penting hati ikhlas melakukannya..lain kali insyaAllah aku kongsi lagi..Lihatlah betapa besarnya keagungan Allah SWT..dengan hanya menyebut namaNya boleh menolong kita dari segala aspek kehidupan kita..Subhanallah..sama2lah kita manafaatkan apa yang baik untuk kita..amin..=)


Opick - Cahaya Hati 

Wednesday, October 5, 2011

I'm not ready yet..

Sejak kuarnya announcement suh register subject sampai la malam ni..Otak aku ni masih keliru..still tak ready nak jadi AFY rasanya..alangkah bahagianya kalau hidup semudah "makan kacang putih" bak kata lecturer aku..


Masa muda mudi, tak nak amik taw..skang aku jugak terumbang ambing..nervous..terpinga pinga..kelihatan b**** pun ada aku rasa..Start dari nak pilih major ritu lagi,sibuk ke hulu ke hilir tanya orang..aku pun tak tahu apa nak amik..tak tahu apa yang aku minat..kecoh satu kampung sebab nak pilih major..(macam aku sorang je study kat universiti..haaiihh..) But so far, alhamdulillah, aku dah dapat pilih major yang aku rasa cocok buat aku..Dan setakat ni,aku yakin dgn pilihan aku..ENVIRONMENTAL ENGINEERING..itulah pilihan aku walaupun masa aku blaja subject wastewater dulu,aku beria2 cakap aku tak kan sesekali amik ENVIRONMENTAL ENGINEERING..But now,you see what happened??


Dan petang tadi, lecturer aku baru announce yang kiteorg dah buleh amik FYP 1 start dis sem..Napela sem ni..otak aku dah set next sem..sekali lagi otak aku diburu kebingungan..Tak dek idea lansung den ni..Kalau pasal FYP actually dari dulu penah aku pikir..Tapi tak da penghujungnya..Kalau aku fikir,last2 mesti aku naik katil pastu tido..haha..(malas nak semakkan otak la konon..)..Sekarang, perasaan takut dan gementar dah datang..Sedia ke aku nak jadi AFY sebenarnya ni..setahun lagi akan grad dan insyaAllah kalau dimurahkan rezeki oleh Allah swt, aku akan start bekerja..Waaaa..takutnya!!!


Sampai malam ni,dalam kepala aku masih terngiang2 soklan yang diajukan oleh lecturer aku kat dalam class pagi kelmarin..malu den tak leh jawab soklan dia.."WHY YOU WANT TO BECOME A CIVIL ENGINEER??" soklannya pendek,ringkas dan padat..Tapi,aku tak buleh jawab pun..kena betul2 kat atas muka aku..adeii..sampai skang aku duk fikir soklan tu..Dan sampai malam ni aku still  tak da jawapan tuk soklan lecturer aku tu..


Kadang2 terlintas kat hati aku..betul ke aku ni ditakdirkan untuk amik engineering..Aku amik civil engineering ni pun akak aku yang pilihkan..ditambah pula dapat scholar PETRONAS, main rembat je..Lagipun "engineering student" bunyik gempak la katakan..Memang dari mula dah ikut cakap orang..Bak kata nur, "LALANG la ko ni.."Tapi semuanya dah terlambat untuk undur semula..Aku pun dah 22 tahun dah..bukan umur 18 tahun macam mula2 masuk UTP dulu..Jadi, let bygone be bygone..Apa yang akan datang perlu ditempuhi dengan tabah..


Sekarang ini, alarm dah bunyik untuk wake up call...wake up mareney wake up!!!you're not a kid anymore..semua benda nak kena suap..


Walaupun skang baru terasa tak berapa suka engineering,tapi aku yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..


Surah Al Baqarah ayat 216: Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya...


Walau apapun yang perlu aku hadapi lepas ni,back to basic..Walau macam mana takut..gementar...cuak...terpinga2nya aku, aku tahu Allah ada untuk menenangkan aku..Semoga dipermudahkan jalan untuk aku dan juga rakan2 aku yang seangkatan denganku..amin..


Surah Al Insan ayat 30 : Tetapi kamu tidak mampu menempuhi jalan itu,kecuali apabila dikehendaki Allah..Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana..



Sunday, September 25, 2011

Malas??

Alhamdulillah sem baru bermula hari ini..Tahun akhir semester satu untuk aku dan membe2 aku..okeh..kami dah jadi AFY = akak final year..haha..oleh sebab itu,kiteorang perlu lah gigih sedikit belajar dari tahun2 terdahulu...tambah2 lagi baru blik intern,otak berkarat2 la nak ingt pe yg dah blaja dulu2..sbb otak dah ade karat2 la jadi malas nak tgk buku..kene stat dari mulakah??haha..


Sempena dah masuk sem baru nih,meh nak kongsi tips2 JANGAN JADI MALAS..nasihat untuk aku,kaum keluarga dan mereka2 yang seangkatan ngan aku..Kalo lah korang tgh semangat2 nak study,tiba2 kelopak mata nak sujud ke bumi, pe korang kene buat??Sila tgk kat bawah..


1)Bangun dari kerusi, p basuh muka..touch up2 muka lu..telek2 muka lu..picit2 jerawat lu..biar tersedar dari mimpi indah tuh..haha..kalo x jadi gak, masuk je trus shower room,MANDI!!tu pon kalo rajin la..:p


2)Ubah posisi korang..dari duduk,korang berdiri..kalo dah berdiri,sila lompat2..dan kalo dah x jadi gak,sila bukak tingkap, dan terjun ke bawah..kompem ilang ngantuk..tapi tidak digalakkan untuk semua..


3)Ubah ruang study..kalo dah tak buleh nak study kat meja tuh, amik buku bersila kat bawah meja..kalo tak pon, p duk kat dapur ke..(oh ye..dapur umah kami sudah bersih dan berkilat2..meh2 sape2 nak tumpang blaja..haha)...kalo x jadi jgak, sila ketuk bilik sebelah, cakap nak tumpang meja..tu pon kalo dieorg kasi kan...amaran keras!!JANGAN SESEKALI UBAH RUANG KE KATIL kalo x nak jadi dugong terbongkang!!


4)Lekkkk luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...p wat air satu jug..kalo x abis minum t, bagi kat housemate.sharing is caring..kalo buleh habiskan sorang2, tak yah kongsi..kang kena wat air lain plak..


5)Haaa..yang ni aku salo buat masa muda2 dulu..marilah kita bersama2 merapatkan hubungan silaturrahim..sila lah berkunjung ke bilik2 berdekatan sahaja..tak perlu jauh2..dah sampai ke bilik tuh, tak yah anyam ketupat..SAY NO TO KETUPAT!!!..raya dah nak abis..tuan bilik tu plak,pandai2 la bancuh oldtown white coffee ke..teh lipton ke..teh boh ke..milo ke..jangan duk borak je..jamu biskut2,kuih muih yang ada..murah rezeki..amin..ahaks!


Tu la serba sedikit yang boleh dikongsi hari ni..dahla2..nak p berebut masuk toilet nih nih..cikgu dah panggil suh p kelas..papai!!


"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)

Saturday, September 24, 2011

Selawat Murah Rezeki..=)

Mari berhibur sambil berselawat..=)


ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM...

WAHAI ALLAH RAHMATI, DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT
MELAPANGKAN REZEKI KAMI, DAN MENJADIKAN BAIKNYA
AKHLAK KAMI

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA...




Wednesday, July 20, 2011

Aku ingin mencintaiMU..


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU



Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa

Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi






Tuesday, July 12, 2011

Harga sebuah HARI LAHIR..=)

Entri ni aku buat khas untuk mengucapkan terima kasih kepada familyku tercinta dan juga kawan2ku tersayang sempena hari lahir aku 9 JULAI baru2 ni..Walaupun dah berhari2 aka dah berkulat da tarikh hari jadi aku,tp aku still nak post jugak entri ni..=)

Thanks to my beloved mama coz sudi nyanyikan lagu “Hepy Besday” and “Allah Selamatkan Kamu” through phone..Maklomla,anak ma kat perantauan…sob3..Thanks to my lovely sis, Kak Ena coz belanja makan my favourite food, MCD and Kak Ah aka Azmil Azizan sbb blanja kek secret recipe..hehe..Lain kali buleh la blanja lagi..And thanks to all my siblings for da wishes on my besday..Kalo duk kat umah, mesti dah dapat kek sebijik…kui3..I love you all forever and ever..muuuaaahhhh…hik3~

Thanks to Sakinah ,Iryani , Saadah, Cikin, Nasrul, Hafizi, Nu’man, Nik Fadhil, Hazlee, and Wan Shahril sebab sudi celebrate my besday kat HR STEAK HOUSE semalam..Mintak maap bebanyakla semua x dapat bg ucapan semalam ek..aku ni segan kalo bab2 nak bagi ucapan kat depan orang ramai ni..semua pandang terus kelu lidah nak berkata2..Jadi aku bagi ucapan kat entri ni pon kira ok la ea..

Ucapan khas untuk korang : Terima kasih semua sebab sudi susah payah drive kete jauh2 datang ke HR STEAK HOUSE and celebrate besday aku ea...hehe…Terharu sebab  tahun ni first time celebrate besday ngn member2 utp..Maklomla sebelum ni besday waktu cuti sem…Haa satu lagi..syukurla sebab aku dapat intern kat dr nik and kenal dengan lebih rapat ngan korang semua especially Nasrul and Hafizi..Even though kita satu course,before this aku rasa nak cakap sepatah pon susah kan..Adah,Sakinah and Yani,kita dah salu borak kat utp kan..hehe..To nu’man and nik fadhil, I ‘m very glad to get to know both of you..Pasangan serasi I think..kui3..Hope dapat kekalkan persahabatan selama2nya ngan korang..=)  Last but not least, thanks untuk hadiah ea,novel KASIH YANG SUCI, aka NORA ELENA..for ur information, drama Nora Elena tu my favourite drama kat tv,sanggup p kedai sorang2 semata2 nak tgk siri Nora Elena kat tv..Semoga aku ditemukan dgn ‘Seth’ku versi soleh di masa hadapan…Amin…hehe..Ok x ucapan panjang ni??Ok la kan..kui3~

Ni jam hadiah dari Sakinah,Yani dan Linda..Thanks korang..To Yani and Sakinah,misi nak kejut korang bgn subuh dengan jam ni gagal..~,~ ..saya cuba lagi lain kali ea..=)



 Novel KASIH YANG SUCI aka NORA ELENA baru dapat smlm..Thanks for da novel especially Nasrul yang tolong pilihkan novel ni..=)


        Card aka script aku semalam sbb tiba2 jadi pemalu plak ..hehe..nasib baik ade card,kalo x hampa kecewa semua orang..hik3~ 



Thanks to Wan Pai, Fana, Awon, and Amir sbb sudi lepak sama2 kat ou on my besday…Walaupun orang kecoh2 nak join BERSIH on that day, tapi korang sanggup tunggang motor korang datang ou sebab nak lepak sama2..Really enjoy with all of you guys...Memories : main bowling macam2 gaya, lumba kete beria2, main gendang budget macam pro giler, tgk wayang Green Lantern gantikan transformer 3D,ambik gambar guna timer, and paling best “sama2 jadi JAKUN ramai2  sbb nak print gambar yang disnap guna timer..lots of fun on that day..=)


         Beg comey dari fana sidek..Thanks my dear for da present..really like it..=)


         Memories together being JAKUN with Awon,WanPai,Fana and Amir..haha~

Last but not least, thanks to all you guys yang wish me on my besday…Kepada sape yang suh aku tuntut hadiah ngan dia, aku nak tuntut satu benda ni je ngan korang semua..Hadiahkan aku sebuah doa :

“ Ya Allah, ampunkanlah dosa Mareney bt Yahaya,kedua ibubapanya,ahli keluarganya,sanak saudaranya dan mereka yang berada di sekelilingnya..Bahagiakan hidup mereka di dunia dan di akhirat nanti..Semoga mereka dijauhkan dari seksa azab api neraka, dan kurniakanlah mereka tempat di syurgaMu nanti..Semoga Mareney bt Yahaya, ahli keluarganya dan rakan2nya dapat menjadi wanita solehah dan menjadi sebaik2 perhiasan di dunia ini dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripadaMu..Amin Ya rabbalalamin…”

Sesungguhnya doa ni adalah hadiah paling berharga buatku sempena hari lahir aku 9 Julai 1989..Semoga dgn doa dari korang sume dpt menjadikan hidup ini lebih bahagia dan sentiasa menuju kecemerlangan di masa hadapan..=)

Friday, June 3, 2011

Simptom-simptom nak abeh intern..

Sila tgk tajuk di atas..simptom2 intern da nak abis..:


1) Bangun pagi intai member kat tepi,okeh dia tido lagi..tarik bantal tarik 
    selimut..kita sambung mimpi lagi yuk..
2) Lepas mandi,bukak tv,makan bekpes,borak2..dan makan lagi..eh dah 8.30 
    wei..jum2..(ingt opis mak ayah ko punya ke..)
3) Sampai opis,aaaaa..penat btul naik tangga..rehat jap sambil duk atas 
    kerusi..mulakan hari di opis dengan bermukabuku dulu la kot..next station,
    pegi google belog2 membe..next station,opsss..sv kat blakang..kita
    stop jap naa..
4) Tepat kol 1ptg..eh da lunch..jum3..amik purse kuar menonong p cari kedai
    makan...eh..da kol 1.40ptg..jum2..nak smyg g nih(kononla nak smyg 
    awal)..then masuk surau, lepak2 sampai kol 2ptg...kol 2 bru sebok nak 
    berebut amik air smyg..(mmg opis bapak ko punya..org suh masuk kol 
    2ptg,kol 2 bru sebok nk smyg..)..Okeh..da 2.20ptg,jalan masuk opis dgn 
    muka x besalah...
5) Baru pas lunch..rest jap..mengah naik tangga, da la perut full.. 
     bermukabuku lagi..dan menziarahi belog2 membe lagi..agak2 da puas 
    tgk,kembali bekerja...
6) Ting ting ting...da kol 5ptg..jum smyg asar..owh,da masuk surau..lepak 
    jap..penat wat keje td..(yeke penat wat keje..???) Solat asar selama 1/2
    hour every day..khusyuk btul naa..wirid ciap aku rasa kot..okeh, da 
    5.40ptg------> naik opis dan kembali bekerja..maaakkk oiii..rajinnya anak 
    makk..
7) Ting ting ting...kol 11 malam...Mak nak balik..sakit da mata duk
    ngadap computer..merah2 bijik mata ni haa..(sape da eye mo,mntk 
    setitik)...tengah2 malam bru nak balik gara2 marathon logbook punya 
     pasal..ade sape2 nak join marathon logbook??sila2..da abih logbook,mari 
    jogging tok slide final presentation plak naa..
8) Waktu bekerja = 8.30 pg --->5.30 ptg ---------->11.30 mlm...
    Padan muka sapa suh tangguh2 wat logbook..T_T 


Conclusion???...Waaaa..cepatla abih intern..nak balik umah windu mak ngn adik2 da ni...wuwuwuwuu...~