Friday, November 18, 2011

Untukmu Adam dan Hawa





Untukmu Hawa..
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Untukmu Adam..
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa




Tuesday, October 11, 2011

Ini Kisahku..

Surah Ali Imran ayat 8:

Rabbana la tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana wahab lana mil ladunka rahmah, innaka antal wahab.
“Ya tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi engkau; karena sesungguhnya engkau-lah maha pemberi (karunia)”. 


Ambil masa seketika untuk tgk video Wardina ni..Kalau dia buleh, insyaAllah kita juga boleh..Orang tak buleh paksa kita untuk berubah, but one day akan ada satu saat kita terasa nak berubah..Just like dalam video ni Wardina says " Allah memilih orang orang untuk berubah.." Terasa amat tersentuh bila dengar apa yang dikatakan oleh Wardina dalam video ni, "Alhamdulillah Allah tak biarkan saya terpesong dan terkapai kapai seperti ramai kawan2 saya di luar sana.." Allah swt tunjukkan kuasanya untuk Wardina berubah menjadi lebih baik dan menjadi seorang wanita yang solehah..

Dalam video ni jugak, Wardina ada nyatakan " Bila kita ingin mendekatkan diri kepada Allah, berkawanlah dengan orang orang yang baik.." Sebelum ini pun,aku penah dengar ayat ni : Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, bau minyak wangi tu pun lama2 akan melekat pada kita..Dan kalau kita berkawan dengan pemateri besi, lama2 bau besi tu pun boleh melekat kat kita..Penjual minyak tu kat sini boleh diibaratkan mereka2 yang baik dan sentiasa berpegang teguh kepada agama..InsyaAllah, jika kita selalu bersama mereka, kita juga akan dianugerahkan sifat baik dan berpegang teguh kepada agamaNya..

Just sharing apa yang aku jumpa hari ni..Mungkin ada yang dah penah dengar, but actually it's very interesting for me..Wish i can be like her one day..berubah menjadi yang lebih baik...Amin..=)

Friday, October 7, 2011

MUSLIMAH



Semoga dapat jadi muslimah sejati suatu masa nanti..amin..=)

Thursday, October 6, 2011

Kehebatan Asmaul Husna

Pagi ni aku terbangun awal dari hari2 biasa..tak lena tido semalam memikirkan tajuk FYP..Saat2 hati tak tenang dan diburu kerisauan,waktu inilah aku rasa dekat dengan pencipta segala makhluk di dunia ni..Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang manusia, teringat penciptaNya bila berada dalam kesusahan..Tergerak hati aku untuk bukak satu buku kecik pemberian seorang kakak sempena perkahwinannya baru baru ni..Dalam buku kecik ni terkandungi rahsia di sebalik Asmaul Husna..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa menghafalnya akan masuk syurga." Riwayat Bukhari, Muslim, & Tirmidzi.

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asmaul Husna terdapat misteri yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia.InsyaAllah, Allah akan mengabulkan keinginan seseorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan misteri yang terkandung di dalam nama tersebut.

Pagi ini aku ingin kongsi kehebatan beberapa nama2 dalam Asmaul Husna yang mungkin amat berguna untuk sesiapa sahaja hambaNya di luar sana...

1)YA ALLAH : Bacalah 5000x dengan khusyuk, tertib, ia akan dapat membersihkan rohani untuk dekat pada Allah SWT setiap hari..

2)YA RAHMAN (Maha Pemurah) : 500x sesudah solat 5 waktu, maka hati kita akan menjadi terang, tenang, tidak pelupa dan rasa gugup akan hilang dengan izin Allah..sangat berguna kita terutama apabila ingin menghadapi peperiksaan, presentation dan mudah memahami apa yang dipelajari..

3)YA BARI' (Maha Membebaskan) : 100x selama 7 hari berturut2 (sewaktu menderita sakit), InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.

4)YA RAZZAQ (Maha Pemberi Rezeki) : baca mengikut kemampuan sesudah solat fardhu, InsyaAllah dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat..sangat berguna apabila kita ingin melangkah ke interview mencari pekerjaan satu masa nanti...dan urusan2 yang lain..

5)YA SHAKUR (Maha Pembalas) : 40x,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak..Amat baik jika dilakukan selepas solat hajat..

Untuk pagi ini aku kongsi 5 kehebatan Asmaul Husna..Jangan takut melihat bilangan angka kita perlu menyebut namaNya, yang penting hati ikhlas melakukannya..lain kali insyaAllah aku kongsi lagi..Lihatlah betapa besarnya keagungan Allah SWT..dengan hanya menyebut namaNya boleh menolong kita dari segala aspek kehidupan kita..Subhanallah..sama2lah kita manafaatkan apa yang baik untuk kita..amin..=)


Opick - Cahaya Hati 

Wednesday, October 5, 2011

I'm not ready yet..

Sejak kuarnya announcement suh register subject sampai la malam ni..Otak aku ni masih keliru..still tak ready nak jadi AFY rasanya..alangkah bahagianya kalau hidup semudah "makan kacang putih" bak kata lecturer aku..


Masa muda mudi, tak nak amik taw..skang aku jugak terumbang ambing..nervous..terpinga pinga..kelihatan b**** pun ada aku rasa..Start dari nak pilih major ritu lagi,sibuk ke hulu ke hilir tanya orang..aku pun tak tahu apa nak amik..tak tahu apa yang aku minat..kecoh satu kampung sebab nak pilih major..(macam aku sorang je study kat universiti..haaiihh..) But so far, alhamdulillah, aku dah dapat pilih major yang aku rasa cocok buat aku..Dan setakat ni,aku yakin dgn pilihan aku..ENVIRONMENTAL ENGINEERING..itulah pilihan aku walaupun masa aku blaja subject wastewater dulu,aku beria2 cakap aku tak kan sesekali amik ENVIRONMENTAL ENGINEERING..But now,you see what happened??


Dan petang tadi, lecturer aku baru announce yang kiteorg dah buleh amik FYP 1 start dis sem..Napela sem ni..otak aku dah set next sem..sekali lagi otak aku diburu kebingungan..Tak dek idea lansung den ni..Kalau pasal FYP actually dari dulu penah aku pikir..Tapi tak da penghujungnya..Kalau aku fikir,last2 mesti aku naik katil pastu tido..haha..(malas nak semakkan otak la konon..)..Sekarang, perasaan takut dan gementar dah datang..Sedia ke aku nak jadi AFY sebenarnya ni..setahun lagi akan grad dan insyaAllah kalau dimurahkan rezeki oleh Allah swt, aku akan start bekerja..Waaaa..takutnya!!!


Sampai malam ni,dalam kepala aku masih terngiang2 soklan yang diajukan oleh lecturer aku kat dalam class pagi kelmarin..malu den tak leh jawab soklan dia.."WHY YOU WANT TO BECOME A CIVIL ENGINEER??" soklannya pendek,ringkas dan padat..Tapi,aku tak buleh jawab pun..kena betul2 kat atas muka aku..adeii..sampai skang aku duk fikir soklan tu..Dan sampai malam ni aku still  tak da jawapan tuk soklan lecturer aku tu..


Kadang2 terlintas kat hati aku..betul ke aku ni ditakdirkan untuk amik engineering..Aku amik civil engineering ni pun akak aku yang pilihkan..ditambah pula dapat scholar PETRONAS, main rembat je..Lagipun "engineering student" bunyik gempak la katakan..Memang dari mula dah ikut cakap orang..Bak kata nur, "LALANG la ko ni.."Tapi semuanya dah terlambat untuk undur semula..Aku pun dah 22 tahun dah..bukan umur 18 tahun macam mula2 masuk UTP dulu..Jadi, let bygone be bygone..Apa yang akan datang perlu ditempuhi dengan tabah..


Sekarang ini, alarm dah bunyik untuk wake up call...wake up mareney wake up!!!you're not a kid anymore..semua benda nak kena suap..


Walaupun skang baru terasa tak berapa suka engineering,tapi aku yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..


Surah Al Baqarah ayat 216: Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya...


Walau apapun yang perlu aku hadapi lepas ni,back to basic..Walau macam mana takut..gementar...cuak...terpinga2nya aku, aku tahu Allah ada untuk menenangkan aku..Semoga dipermudahkan jalan untuk aku dan juga rakan2 aku yang seangkatan denganku..amin..


Surah Al Insan ayat 30 : Tetapi kamu tidak mampu menempuhi jalan itu,kecuali apabila dikehendaki Allah..Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana..



Sunday, September 25, 2011

Malas??

Alhamdulillah sem baru bermula hari ini..Tahun akhir semester satu untuk aku dan membe2 aku..okeh..kami dah jadi AFY = akak final year..haha..oleh sebab itu,kiteorang perlu lah gigih sedikit belajar dari tahun2 terdahulu...tambah2 lagi baru blik intern,otak berkarat2 la nak ingt pe yg dah blaja dulu2..sbb otak dah ade karat2 la jadi malas nak tgk buku..kene stat dari mulakah??haha..


Sempena dah masuk sem baru nih,meh nak kongsi tips2 JANGAN JADI MALAS..nasihat untuk aku,kaum keluarga dan mereka2 yang seangkatan ngan aku..Kalo lah korang tgh semangat2 nak study,tiba2 kelopak mata nak sujud ke bumi, pe korang kene buat??Sila tgk kat bawah..


1)Bangun dari kerusi, p basuh muka..touch up2 muka lu..telek2 muka lu..picit2 jerawat lu..biar tersedar dari mimpi indah tuh..haha..kalo x jadi gak, masuk je trus shower room,MANDI!!tu pon kalo rajin la..:p


2)Ubah posisi korang..dari duduk,korang berdiri..kalo dah berdiri,sila lompat2..dan kalo dah x jadi gak,sila bukak tingkap, dan terjun ke bawah..kompem ilang ngantuk..tapi tidak digalakkan untuk semua..


3)Ubah ruang study..kalo dah tak buleh nak study kat meja tuh, amik buku bersila kat bawah meja..kalo tak pon, p duk kat dapur ke..(oh ye..dapur umah kami sudah bersih dan berkilat2..meh2 sape2 nak tumpang blaja..haha)...kalo x jadi jgak, sila ketuk bilik sebelah, cakap nak tumpang meja..tu pon kalo dieorg kasi kan...amaran keras!!JANGAN SESEKALI UBAH RUANG KE KATIL kalo x nak jadi dugong terbongkang!!


4)Lekkkk luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...p wat air satu jug..kalo x abis minum t, bagi kat housemate.sharing is caring..kalo buleh habiskan sorang2, tak yah kongsi..kang kena wat air lain plak..


5)Haaa..yang ni aku salo buat masa muda2 dulu..marilah kita bersama2 merapatkan hubungan silaturrahim..sila lah berkunjung ke bilik2 berdekatan sahaja..tak perlu jauh2..dah sampai ke bilik tuh, tak yah anyam ketupat..SAY NO TO KETUPAT!!!..raya dah nak abis..tuan bilik tu plak,pandai2 la bancuh oldtown white coffee ke..teh lipton ke..teh boh ke..milo ke..jangan duk borak je..jamu biskut2,kuih muih yang ada..murah rezeki..amin..ahaks!


Tu la serba sedikit yang boleh dikongsi hari ni..dahla2..nak p berebut masuk toilet nih nih..cikgu dah panggil suh p kelas..papai!!


"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)

Saturday, September 24, 2011

Selawat Murah Rezeki..=)

Mari berhibur sambil berselawat..=)


ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM...

WAHAI ALLAH RAHMATI, DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT
MELAPANGKAN REZEKI KAMI, DAN MENJADIKAN BAIKNYA
AKHLAK KAMI

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA...