Thursday, December 8, 2011

WUDHUK

Hari ni aku nak share sikit mengenai wudhuk..Pernah tak terfikir apa kebaikan sebenarnya di sebalik kita berwudhuk? Kalau kita nak solat, kita perlu berwudhuk..Kalau kita nak baca Quran pun, kita berwudhuk terlebih dahulu..sebelum tidur pun kita digalakkan berwudhuk..Kalau hati tidak tenang dan gelisah pun kita disyorkan untuk berwudhuk? Tiap2 hari kita tunaikan solat dan tiap2 kali itulah kita berwudhuk..Tapi kenapa kita disuruh berwudhuk sebenarnya?

Sepertimana yang kita tahu, apabila kita berwudhuk,kita perlu membasuh atau membasahkan sebahagian anggota badan kita yang tertentu seperti tangan, mulut, muka, rambut, telinga dan juga kaki..Kenapa Allah hanya menetapkan sebahagian anggota sahaja untuk berwudhuk?Sebenarnya banyak perkara tersembunyi yang mana kita sedar mengenai berwudhuk ni..

1)Ada seorang psikiater dan neurologi dari Austria, Prof Leopold Werner von Ehrenfels menemui satu fakta yang sangat menarik tentang wudhuk..Sewaktu berwudhuk, kita sebenarnya membasuh pusat-pusat saraf yang paling peka dalam tubuh manusia seperti dahi,tangan dan kaki..Pusat pusat saraf ini sangat sensitif dan peka terhadap air segar..Apabila kita sentiasa berwudhuk, kita akan sentiasa membasuh pusat pusat saraf tersebut dan secara tidak langsung kita sebenarnya sedang memelihara kesihatan dan keselarasan pusat pusat saraf dalam tubuh badan kita..Disebabkan penemuan ini, akhirnya Prof Leopord telah memeluk agama Islam..=)

2)Ulamak fekah juga ada menjelaskan hikmah berwuduk untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani..Sedar atau tidak, anggota badan yang perlu dibasuh sewaktu kita berwudhuk adalah anggota yang selalu terdedah kepada bendasing dan juga kotoran terutamanya kaki dan tangan..Dengan tangan pula, kita sentuh anggota yang lain seperti muka, telinga, hidung dan sebagainya..Apabila kita berwudhuk, kita secara tidak langsung membersihkan anggota badan kita yang terkena kotoran dan juga bendasing..Dengan itu, kita sebenarnya dapat memelihara kebersihan fizikal dan rohani melalui berwudhuk..

3)Ulama tasawuf pula ada menjelaskan bahawa anggota badan yang kita basuh ketika berwudhuk adalah antara anggota yang paling bnyk melakukan dosa saban hari..Samaada kita sedar atau tidak, mungkin ada perkara perkara tidak baik  yang kita lakukan  dengan anggota badan kita..Contoh terbaik adalah kata kata kita setiap hari..Mungkin hari ini kita banyak menceritakan keaiban orang lain aka mengumpat la kan, or kita mencaci orang or berbohong..Melalui wudhuk, kita dapat membersihkan anggota badan kita dari dosa yang telah kita lakukan..Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa...Kalangan ulama pula melarang kita mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’)...

Lihatlah betapa indahnya aturan Allah swt terhadap kita..Hanya melalui berwudhuk, kita dapat memelihara pusat pusat saraf kita, memelihara kebersihan fizikal dan rohani dan jugak dapat membersihkan diri dari melakukan dosa..Subhanallah..

Hari ni kita dah pun tahu mengapa kita perlu berwudhuk dan apa kebaikan dari berwudhuk..Oleh itu,kita digalakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk..=) Kalau kita sentiasa berwudhuk, hati kita pun insyaAllah sentiasa tenang sebab kita dah bersihkan diri dari dosa dengan berwudhuk..=) Untuk kaum wanita di luar sana, sebelum tido digalakkan berwudhuk..Dengan berwudhuk kita dapat menjaga seri air muka..sentiasa nampak berseri seri..Bukan setakat pencuci muka yang mahal, air wudhuk pun dapat mencantikkan dan menyerikan paras rupa kita..InsyaAllah..=)


Sunday, December 4, 2011

Mari berpuasa..

Sepertimana yang korang tahu,esok adalah 9 Muharram..dan kita disunatkan berpuasa bermula 9 Muharram hingga 11 Muharram..Dalam bulan Muharram,terdapat satu hari yang sungguh bertuah iaitu 10 Muharram atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura..kalau kat sekolah dulu, selalu ada majlis "ngaca sugho"...(singkatan bahasa kelate)..Antara kelebihan berpuasa pada 10 Muharram ialah insyaAllah akan dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya..

Kenapa kita kena puasa bermula 9 Muharram??kan Hari Asyura tu 10 Muharram??Macam ni..orang yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi untuk membezakan umat Islam dengan orang yahudi,kita disunatkan berpuasa mulai 9 Muharram hinggalah 11 Muharram..kalau x larat,boleh puasa 9 hingga 10 Muharram..or 10 Muharram ngn 11 Muharram..=)

Ada banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram,antaranya:
a) Allah menciptakan Nabi Adam as
b) Allah menciptakan Siti Hawa
c) Allah menerima taubat Nabi Adam as
d) Allah menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi
e) Allah menciptakan Arasy dan Loh Mahfuz
f) Bacaan selanjutnya di sini

Sempena hari Asyura, kita juga disunatkan untuk:
a) Bersedekah - Allah menjauhkannya dari neraka dan mendapat pahala seperti bersedekah kepada seluruh fakir miskin di dunia
b) Mengusap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok untuk tiap-tiap rambut yang disapu
c) Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya di dalam kubur nanti
d) Mandi sunat - Terhindar dari sakit (sakit berat) pada tahun itu
e) Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
f) Sembahyang sunat empat rakaat - Allah mengampunkan dosanya walaupun setelah 50 tahun berlarutan melakukannya

Sama samalah kita manafaatkan kedatangan 10 Muharram tahun ini..Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt..InsyaAllah..amin..=)

Sunday, November 27, 2011

i'm fully book until week 14...

WEEK 10 (28/11 - 4/12)
-Jumpa Dr Indra and Dr Amilla(Tue,29/11)
-Trip Sludge (Wed,30/11 - Thur,1/12)
-Jumpa Mr Cheok (Fri,2/12)
-Emel list nama untuk EIS kat Dr Faris

WEEK 11 (5/12 - 11/12)
-Trip Sludge(8/12)
-Weekend = Study Sludge Test 2

WEEK 12 (12/12 - 18/12)
-Test Sludge (Mon,12/12)

WEEK 13 (19/12 - 25/12)
-Presentation CED (Tue,20/12)
-Hantar project ECONS (Tue,20/12)
-Hantar project EIS (Fri,23/12)

WEEK 14 (26/12 - 1/1)
-Coming soon....

STUDY WEEK ==> 31/12 - 4/1/2012




Saturday, November 26, 2011

Batu besar, batu kerikil dan pasir...

Post kali ini aku nak cerita mengenai batu besar,batu kerikil dan jugak pasir..Mari kita buat eksperimen..

Eksperimen 1
Ambil satu baldi kosong..isikan dengan batu besar sampai baldi itu penuh..Kemudian bila batu besar dah tak buleh masuk dalam baldi tu,masukkan plak batu kerikil yang kecil2 kat celahan batu besar dalam baldi tu..isi sampai batu kerikil tu tak buleh masuk dah dalam baldi tu..last skali..masukkan pasir di celahan batu2 besar dan batu kerikil..

Eksperimen 2
Ambil satu lagi baldi kosong..isikan dengan pasir...bila pasir dah penuh, cuba isikan dengan batu2 kerikil..dan seterusnya batu2 besar..

Cuba kita renungkan..antara baldi dalam eksperimen 1 dan baldi dalam eksperimen 2, baldi mana lagi berguna dan banyak isinya? Tentulah baldi dalam eksperimen 1 kan..Dapat isi batu2 besar,batu2 kecil dan jgak pasir..Baldi dalam eksperimen 2 plak hanya buleh masukkan pasir..sedikit batu kerikil..dan mungkin sebiji dua sahaja batu besar...

Actually, kita boleh analogikan baldi tu diri kita..Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” tersebut? Batu besar tu sebenarnya keluarga kita, pelajaran kita,ibadat kita, pekerjaan kita dan perkara2 yang penting dalam hidup kita  yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam kehidupan seharian kita.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil . Bila kita mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti batu kerikil dan pasir) maka hidup kita akan penuh dengan perkara-perkara kecil seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa kita terbuang begitu sahaja sehari hari...Kerana itu, kita tak akan pernah ada masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting...


Normal la hidup sebagai student penuh dugaan..nak main facebook la..nak p lepak mamak la..nak p karoake la..nak p shopping laa..tu semua benda kecil dlm hidup kita..tak salah nak buat semua tu,tapi utamakan lah benda penting dahulu..dah ciap esaimen,dah habis study,dah buat lab report..haa..p la nak p mane pon,tp still la jangan lalai dan leka..

Aku buat post ni pon sebab aku perasan semenjak dua menjak ni..aku banyak sangat melagha..keje bertimbun2 tapi last2 minute baru nak buat..masa free banyak je sebenarnya..alasan je semua tuh kalo bnyk sngt keje..itu aku la..maybe ada jgak keadaan seperti aku..=p

Sempena tahun baru 1433 Hijrah ni..marilah kita sama2 berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik..utamakan apa yang penting dalam hidup kita..InsyaAllah..


Mari sama2 kita baca doa awal tahun...semoga hari2 mendatang lebih bermanafaat dan cemerlang dengan kehendakNya..InsyaAllah..=)


Friday, November 18, 2011

Untukmu Adam dan Hawa





Untukmu Hawa..
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Untukmu Adam..
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa




Tuesday, October 11, 2011

Ini Kisahku..

Surah Ali Imran ayat 8:

Rabbana la tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana wahab lana mil ladunka rahmah, innaka antal wahab.
“Ya tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi engkau; karena sesungguhnya engkau-lah maha pemberi (karunia)”. 


Ambil masa seketika untuk tgk video Wardina ni..Kalau dia buleh, insyaAllah kita juga boleh..Orang tak buleh paksa kita untuk berubah, but one day akan ada satu saat kita terasa nak berubah..Just like dalam video ni Wardina says " Allah memilih orang orang untuk berubah.." Terasa amat tersentuh bila dengar apa yang dikatakan oleh Wardina dalam video ni, "Alhamdulillah Allah tak biarkan saya terpesong dan terkapai kapai seperti ramai kawan2 saya di luar sana.." Allah swt tunjukkan kuasanya untuk Wardina berubah menjadi lebih baik dan menjadi seorang wanita yang solehah..

Dalam video ni jugak, Wardina ada nyatakan " Bila kita ingin mendekatkan diri kepada Allah, berkawanlah dengan orang orang yang baik.." Sebelum ini pun,aku penah dengar ayat ni : Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, bau minyak wangi tu pun lama2 akan melekat pada kita..Dan kalau kita berkawan dengan pemateri besi, lama2 bau besi tu pun boleh melekat kat kita..Penjual minyak tu kat sini boleh diibaratkan mereka2 yang baik dan sentiasa berpegang teguh kepada agama..InsyaAllah, jika kita selalu bersama mereka, kita juga akan dianugerahkan sifat baik dan berpegang teguh kepada agamaNya..

Just sharing apa yang aku jumpa hari ni..Mungkin ada yang dah penah dengar, but actually it's very interesting for me..Wish i can be like her one day..berubah menjadi yang lebih baik...Amin..=)

Friday, October 7, 2011

MUSLIMAH



Semoga dapat jadi muslimah sejati suatu masa nanti..amin..=)