Eksperimen 1
Ambil satu baldi kosong..isikan dengan batu besar sampai baldi itu penuh..Kemudian bila batu besar dah tak buleh masuk dalam baldi tu,masukkan plak batu kerikil yang kecil2 kat celahan batu besar dalam baldi tu..isi sampai batu kerikil tu tak buleh masuk dah dalam baldi tu..last skali..masukkan pasir di celahan batu2 besar dan batu kerikil..
Eksperimen 2
Ambil satu lagi baldi kosong..isikan dengan pasir...bila pasir dah penuh, cuba isikan dengan batu2 kerikil..dan seterusnya batu2 besar..
Cuba kita renungkan..antara baldi dalam eksperimen 1 dan baldi dalam eksperimen 2, baldi mana lagi berguna dan banyak isinya? Tentulah baldi dalam eksperimen 1 kan..Dapat isi batu2 besar,batu2 kecil dan jgak pasir..Baldi dalam eksperimen 2 plak hanya buleh masukkan pasir..sedikit batu kerikil..dan mungkin sebiji dua sahaja batu besar...
Actually, kita boleh analogikan baldi tu diri kita..Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” tersebut? Batu besar tu sebenarnya keluarga kita, pelajaran kita,ibadat kita, pekerjaan kita dan perkara2 yang penting dalam hidup kita yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam kehidupan seharian kita.
Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil . Bila kita mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti batu kerikil dan pasir) maka hidup kita akan penuh dengan perkara-perkara kecil seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa kita terbuang begitu sahaja sehari hari...Kerana itu, kita tak akan pernah ada masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting...
Normal la hidup sebagai student penuh dugaan..nak main facebook la..nak p lepak mamak la..nak p karoake la..nak p shopping laa..tu semua benda kecil dlm hidup kita..tak salah nak buat semua tu,tapi utamakan lah benda penting dahulu..dah ciap esaimen,dah habis study,dah buat lab report..haa..p la nak p mane pon,tp still la jangan lalai dan leka..
Aku buat post ni pon sebab aku perasan semenjak dua menjak ni..aku banyak sangat melagha..keje bertimbun2 tapi last2 minute baru nak buat..masa free banyak je sebenarnya..alasan je semua tuh kalo bnyk sngt keje..itu aku la..maybe ada jgak keadaan seperti aku..=p
Sempena tahun baru 1433 Hijrah ni..marilah kita sama2 berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik..utamakan apa yang penting dalam hidup kita..InsyaAllah..
Mari sama2 kita baca doa awal tahun...semoga hari2 mendatang lebih bermanafaat dan cemerlang dengan kehendakNya..InsyaAllah..=)
Selamat berhijrah, moga istiqamah.
ReplyDeletehehehe..terkena kt diri sdiri
ReplyDeleteWan Pai:InsyaAllah..=)
ReplyDeleteYau:terkena eh..hehe..ayuh kita berubah sikit..=)
yau.ade mase lagi utk buat keputusan xmo g tgk bola tu.u have choice!
ReplyDelete