Wednesday, December 21, 2011

UPDATED TC GATHERING...=)

VENUE : TASIK UTP
DATE : 24/12/2012 (SATURDAY)
TIME  : 6.45AM TO 12 NOON
GAMES : CONDUCTED BY FARHANA SIDEK (SECRET..KALO DATANG BARU TAW KITA AKAN MAIN APA..=p)
SPECIAL ACTIVITY : TUKAR2 HADIAH SEBAGAI KENANGAN..SETIAP ORANG BELI SATU HADIAH UNTUK DITUKARKAN SESAMA KITA NANTI..=)

KITA AKAN LUNCH SAMA2 NANTI KAT LUAR UTP (IF CUKUP KETE)..KALO X CUKUP KETE, KITA MAKAN KAT UTP..=)

HOPE SANGAT KORANG DAPAT JOIN..LAST GATHERING ESPECIALLY TUK DELI, AIK ,YAU, WAN PAI, ALEP, MAT YO, CEK PIN, DAN SEBATCH DGNNYA..HEHE..

Thursday, December 15, 2011

TC Gathering...=)

Since sem ni last korang kat UTP...and pasni x taw bila lagi buleh lepak sama2 kan..Mari kita habiskan sisa2 masa di UTP bersama2 ni ya..=) Sila free kan masa korang semua ye!!! =p


VENUE : TBA
DATE : 24 DECEMBER 2011 (SATURDAY)
TIME : WHOLE DAY..=P
GAMES : WILL BE CONDUCTED BY FARHANA SIDEK


Tempat tak pilih lagi nak p mana..Kalau korang ada cadangan, bleh gtaw..=) Just nak taw availability korang on that day..

Tuesday, December 13, 2011

Aku Cinta Allah...

Sebuah lagu yang mampu memberi sedikit renungan untuk semua..=)

Thursday, December 8, 2011

WUDHUK

Hari ni aku nak share sikit mengenai wudhuk..Pernah tak terfikir apa kebaikan sebenarnya di sebalik kita berwudhuk? Kalau kita nak solat, kita perlu berwudhuk..Kalau kita nak baca Quran pun, kita berwudhuk terlebih dahulu..sebelum tidur pun kita digalakkan berwudhuk..Kalau hati tidak tenang dan gelisah pun kita disyorkan untuk berwudhuk? Tiap2 hari kita tunaikan solat dan tiap2 kali itulah kita berwudhuk..Tapi kenapa kita disuruh berwudhuk sebenarnya?

Sepertimana yang kita tahu, apabila kita berwudhuk,kita perlu membasuh atau membasahkan sebahagian anggota badan kita yang tertentu seperti tangan, mulut, muka, rambut, telinga dan juga kaki..Kenapa Allah hanya menetapkan sebahagian anggota sahaja untuk berwudhuk?Sebenarnya banyak perkara tersembunyi yang mana kita sedar mengenai berwudhuk ni..

1)Ada seorang psikiater dan neurologi dari Austria, Prof Leopold Werner von Ehrenfels menemui satu fakta yang sangat menarik tentang wudhuk..Sewaktu berwudhuk, kita sebenarnya membasuh pusat-pusat saraf yang paling peka dalam tubuh manusia seperti dahi,tangan dan kaki..Pusat pusat saraf ini sangat sensitif dan peka terhadap air segar..Apabila kita sentiasa berwudhuk, kita akan sentiasa membasuh pusat pusat saraf tersebut dan secara tidak langsung kita sebenarnya sedang memelihara kesihatan dan keselarasan pusat pusat saraf dalam tubuh badan kita..Disebabkan penemuan ini, akhirnya Prof Leopord telah memeluk agama Islam..=)

2)Ulamak fekah juga ada menjelaskan hikmah berwuduk untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani..Sedar atau tidak, anggota badan yang perlu dibasuh sewaktu kita berwudhuk adalah anggota yang selalu terdedah kepada bendasing dan juga kotoran terutamanya kaki dan tangan..Dengan tangan pula, kita sentuh anggota yang lain seperti muka, telinga, hidung dan sebagainya..Apabila kita berwudhuk, kita secara tidak langsung membersihkan anggota badan kita yang terkena kotoran dan juga bendasing..Dengan itu, kita sebenarnya dapat memelihara kebersihan fizikal dan rohani melalui berwudhuk..

3)Ulama tasawuf pula ada menjelaskan bahawa anggota badan yang kita basuh ketika berwudhuk adalah antara anggota yang paling bnyk melakukan dosa saban hari..Samaada kita sedar atau tidak, mungkin ada perkara perkara tidak baik  yang kita lakukan  dengan anggota badan kita..Contoh terbaik adalah kata kata kita setiap hari..Mungkin hari ini kita banyak menceritakan keaiban orang lain aka mengumpat la kan, or kita mencaci orang or berbohong..Melalui wudhuk, kita dapat membersihkan anggota badan kita dari dosa yang telah kita lakukan..Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa...Kalangan ulama pula melarang kita mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’)...

Lihatlah betapa indahnya aturan Allah swt terhadap kita..Hanya melalui berwudhuk, kita dapat memelihara pusat pusat saraf kita, memelihara kebersihan fizikal dan rohani dan jugak dapat membersihkan diri dari melakukan dosa..Subhanallah..

Hari ni kita dah pun tahu mengapa kita perlu berwudhuk dan apa kebaikan dari berwudhuk..Oleh itu,kita digalakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk..=) Kalau kita sentiasa berwudhuk, hati kita pun insyaAllah sentiasa tenang sebab kita dah bersihkan diri dari dosa dengan berwudhuk..=) Untuk kaum wanita di luar sana, sebelum tido digalakkan berwudhuk..Dengan berwudhuk kita dapat menjaga seri air muka..sentiasa nampak berseri seri..Bukan setakat pencuci muka yang mahal, air wudhuk pun dapat mencantikkan dan menyerikan paras rupa kita..InsyaAllah..=)


Sunday, December 4, 2011

Mari berpuasa..

Sepertimana yang korang tahu,esok adalah 9 Muharram..dan kita disunatkan berpuasa bermula 9 Muharram hingga 11 Muharram..Dalam bulan Muharram,terdapat satu hari yang sungguh bertuah iaitu 10 Muharram atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura..kalau kat sekolah dulu, selalu ada majlis "ngaca sugho"...(singkatan bahasa kelate)..Antara kelebihan berpuasa pada 10 Muharram ialah insyaAllah akan dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya..

Kenapa kita kena puasa bermula 9 Muharram??kan Hari Asyura tu 10 Muharram??Macam ni..orang yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi untuk membezakan umat Islam dengan orang yahudi,kita disunatkan berpuasa mulai 9 Muharram hinggalah 11 Muharram..kalau x larat,boleh puasa 9 hingga 10 Muharram..or 10 Muharram ngn 11 Muharram..=)

Ada banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram,antaranya:
a) Allah menciptakan Nabi Adam as
b) Allah menciptakan Siti Hawa
c) Allah menerima taubat Nabi Adam as
d) Allah menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi
e) Allah menciptakan Arasy dan Loh Mahfuz
f) Bacaan selanjutnya di sini

Sempena hari Asyura, kita juga disunatkan untuk:
a) Bersedekah - Allah menjauhkannya dari neraka dan mendapat pahala seperti bersedekah kepada seluruh fakir miskin di dunia
b) Mengusap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok untuk tiap-tiap rambut yang disapu
c) Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya di dalam kubur nanti
d) Mandi sunat - Terhindar dari sakit (sakit berat) pada tahun itu
e) Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
f) Sembahyang sunat empat rakaat - Allah mengampunkan dosanya walaupun setelah 50 tahun berlarutan melakukannya

Sama samalah kita manafaatkan kedatangan 10 Muharram tahun ini..Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt..InsyaAllah..amin..=)