Monday, January 10, 2011

Bersabarlah wahai hati..



untitled


Kadang kala hati ini terasa terlalu gembira..
Memikirkan detik manis yang bakal dilalui..
Kadang kala hati ini amat perih..
Memikirkan detik pahit yang sedang dilalui..
Kadang kala hati ini keliru..
Memikirkan detik detik yang tidak keruan..
Bersabarlah wahai hati..


Di dalam hati..tersimpan seribu kegembiraan..
Di dalam hati..tersimpan seribu kesedihan..
Di dalam hati..tersimpan seribu kekeliruan..
Bersabarlah wahai hati..


Hari ini,terasa ingin menggapai bintang nun di langit..
Kerana gembiranya hati..
Hari ini,terasa ingin menjerit meraung sekuatnya..
Kerana hibanya hati..
Hari ini,terasa ingin membongkar segalanya..
Kerana kelirunya hati..
Bersabarlah wahai hati..


Bersabarlah wahai hati..kerna suatu hari..
Pasti segalanya kembali untuk diubati..
BERSABARLAH WAHAI HATI..







No comments:

Post a Comment