Kalo lagu kita buleh dngar tiap2 hari, tapi kalau bab2 nak suh ngaji..aiyaaa..liat btol kan..(same goes to me lor..).. Kalau lagu senang je hafal,kalau ayat quran ke, doa ke..nak ingat 4 5 ayat pon ngulang sampai tertidur d0k??Hari ni mau share ngn korang kelebihan surah2 yg ada dlm Al- Quran..maybe kalau dah taw kelebihan ni, lagi rajin kita nak baca Al-Quran kan..sape x nak dapat pahala kan..Jom tgk bawah..=)
1) SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya
cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
2) SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat
menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta
mendapat ilmu yang benar.
3) SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan
disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di
bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah
yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.
4) SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka
esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.
5) SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
”Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi
miskin selama-lamanya”
6) SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua
anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan
jiran tetanggamu, sesungguhnya ia dapat menyelamatkan diri dari berdebat
di hari kiamat di hadapan Allah swt, memohon ampun supaya Allah swt
di hari kiamat di hadapan Allah swt, memohon ampun supaya Allah swt
menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat
dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.
7) SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt
mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga
waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”
Kalau tgk kat atas tu,mesti korang cakap panjangnya ayat2 dalam surah tu..macam mana nak ingt kan..(Amboi..lagu pepanjang buleh plak hafal..ish..sekeh pala baru taw)..Haa..aku nak share ngn korang satu link ni..kat fb..sambil2 duk main fb tuh,buleh bukak link ni...kalau dngar bnyk2 kali insyaallah lama2 boleh ikut..lagipon bacaan Al-Quran dalam ni ada bnyk versi..boleh pilih..jum click!!mencari ketenangan di masa lapang..=)
No comments:
Post a Comment