Wednesday, October 5, 2011

I'm not ready yet..

Sejak kuarnya announcement suh register subject sampai la malam ni..Otak aku ni masih keliru..still tak ready nak jadi AFY rasanya..alangkah bahagianya kalau hidup semudah "makan kacang putih" bak kata lecturer aku..


Masa muda mudi, tak nak amik taw..skang aku jugak terumbang ambing..nervous..terpinga pinga..kelihatan b**** pun ada aku rasa..Start dari nak pilih major ritu lagi,sibuk ke hulu ke hilir tanya orang..aku pun tak tahu apa nak amik..tak tahu apa yang aku minat..kecoh satu kampung sebab nak pilih major..(macam aku sorang je study kat universiti..haaiihh..) But so far, alhamdulillah, aku dah dapat pilih major yang aku rasa cocok buat aku..Dan setakat ni,aku yakin dgn pilihan aku..ENVIRONMENTAL ENGINEERING..itulah pilihan aku walaupun masa aku blaja subject wastewater dulu,aku beria2 cakap aku tak kan sesekali amik ENVIRONMENTAL ENGINEERING..But now,you see what happened??


Dan petang tadi, lecturer aku baru announce yang kiteorg dah buleh amik FYP 1 start dis sem..Napela sem ni..otak aku dah set next sem..sekali lagi otak aku diburu kebingungan..Tak dek idea lansung den ni..Kalau pasal FYP actually dari dulu penah aku pikir..Tapi tak da penghujungnya..Kalau aku fikir,last2 mesti aku naik katil pastu tido..haha..(malas nak semakkan otak la konon..)..Sekarang, perasaan takut dan gementar dah datang..Sedia ke aku nak jadi AFY sebenarnya ni..setahun lagi akan grad dan insyaAllah kalau dimurahkan rezeki oleh Allah swt, aku akan start bekerja..Waaaa..takutnya!!!


Sampai malam ni,dalam kepala aku masih terngiang2 soklan yang diajukan oleh lecturer aku kat dalam class pagi kelmarin..malu den tak leh jawab soklan dia.."WHY YOU WANT TO BECOME A CIVIL ENGINEER??" soklannya pendek,ringkas dan padat..Tapi,aku tak buleh jawab pun..kena betul2 kat atas muka aku..adeii..sampai skang aku duk fikir soklan tu..Dan sampai malam ni aku still  tak da jawapan tuk soklan lecturer aku tu..


Kadang2 terlintas kat hati aku..betul ke aku ni ditakdirkan untuk amik engineering..Aku amik civil engineering ni pun akak aku yang pilihkan..ditambah pula dapat scholar PETRONAS, main rembat je..Lagipun "engineering student" bunyik gempak la katakan..Memang dari mula dah ikut cakap orang..Bak kata nur, "LALANG la ko ni.."Tapi semuanya dah terlambat untuk undur semula..Aku pun dah 22 tahun dah..bukan umur 18 tahun macam mula2 masuk UTP dulu..Jadi, let bygone be bygone..Apa yang akan datang perlu ditempuhi dengan tabah..


Sekarang ini, alarm dah bunyik untuk wake up call...wake up mareney wake up!!!you're not a kid anymore..semua benda nak kena suap..


Walaupun skang baru terasa tak berapa suka engineering,tapi aku yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..


Surah Al Baqarah ayat 216: Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya...


Walau apapun yang perlu aku hadapi lepas ni,back to basic..Walau macam mana takut..gementar...cuak...terpinga2nya aku, aku tahu Allah ada untuk menenangkan aku..Semoga dipermudahkan jalan untuk aku dan juga rakan2 aku yang seangkatan denganku..amin..


Surah Al Insan ayat 30 : Tetapi kamu tidak mampu menempuhi jalan itu,kecuali apabila dikehendaki Allah..Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana..



4 comments:

  1. tak kisah pun amik major mane sbnrnye..sbb keje nnti cmpany x ikut pun kita amik major ape..diorg amik dan letak kt mane2 position yg diorg nk..

    ReplyDelete
  2. but you can choose your future way from now on rite??lagi bagus and best kita amik apa yg kita btul2 minat dan berguna tuk kita masa depan t..=)

    ReplyDelete
  3. nice entry mareney! aku baca entry ni, buat aku berfikir byk kali juga. nape aku amek civil eng. herm~ =)

    ReplyDelete
  4. kalau ko tak amek civil,kite xkan jumpe kn..

    ReplyDelete