Thursday, October 6, 2011

Kehebatan Asmaul Husna

Pagi ni aku terbangun awal dari hari2 biasa..tak lena tido semalam memikirkan tajuk FYP..Saat2 hati tak tenang dan diburu kerisauan,waktu inilah aku rasa dekat dengan pencipta segala makhluk di dunia ni..Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang manusia, teringat penciptaNya bila berada dalam kesusahan..Tergerak hati aku untuk bukak satu buku kecik pemberian seorang kakak sempena perkahwinannya baru baru ni..Dalam buku kecik ni terkandungi rahsia di sebalik Asmaul Husna..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa menghafalnya akan masuk syurga." Riwayat Bukhari, Muslim, & Tirmidzi.

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asmaul Husna terdapat misteri yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia.InsyaAllah, Allah akan mengabulkan keinginan seseorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan misteri yang terkandung di dalam nama tersebut.

Pagi ini aku ingin kongsi kehebatan beberapa nama2 dalam Asmaul Husna yang mungkin amat berguna untuk sesiapa sahaja hambaNya di luar sana...

1)YA ALLAH : Bacalah 5000x dengan khusyuk, tertib, ia akan dapat membersihkan rohani untuk dekat pada Allah SWT setiap hari..

2)YA RAHMAN (Maha Pemurah) : 500x sesudah solat 5 waktu, maka hati kita akan menjadi terang, tenang, tidak pelupa dan rasa gugup akan hilang dengan izin Allah..sangat berguna kita terutama apabila ingin menghadapi peperiksaan, presentation dan mudah memahami apa yang dipelajari..

3)YA BARI' (Maha Membebaskan) : 100x selama 7 hari berturut2 (sewaktu menderita sakit), InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.

4)YA RAZZAQ (Maha Pemberi Rezeki) : baca mengikut kemampuan sesudah solat fardhu, InsyaAllah dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat..sangat berguna apabila kita ingin melangkah ke interview mencari pekerjaan satu masa nanti...dan urusan2 yang lain..

5)YA SHAKUR (Maha Pembalas) : 40x,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak..Amat baik jika dilakukan selepas solat hajat..

Untuk pagi ini aku kongsi 5 kehebatan Asmaul Husna..Jangan takut melihat bilangan angka kita perlu menyebut namaNya, yang penting hati ikhlas melakukannya..lain kali insyaAllah aku kongsi lagi..Lihatlah betapa besarnya keagungan Allah SWT..dengan hanya menyebut namaNya boleh menolong kita dari segala aspek kehidupan kita..Subhanallah..sama2lah kita manafaatkan apa yang baik untuk kita..amin..=)


Opick - Cahaya Hati 

No comments:

Post a Comment