Sunday, December 4, 2011

Mari berpuasa..

Sepertimana yang korang tahu,esok adalah 9 Muharram..dan kita disunatkan berpuasa bermula 9 Muharram hingga 11 Muharram..Dalam bulan Muharram,terdapat satu hari yang sungguh bertuah iaitu 10 Muharram atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura..kalau kat sekolah dulu, selalu ada majlis "ngaca sugho"...(singkatan bahasa kelate)..Antara kelebihan berpuasa pada 10 Muharram ialah insyaAllah akan dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya..

Kenapa kita kena puasa bermula 9 Muharram??kan Hari Asyura tu 10 Muharram??Macam ni..orang yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi untuk membezakan umat Islam dengan orang yahudi,kita disunatkan berpuasa mulai 9 Muharram hinggalah 11 Muharram..kalau x larat,boleh puasa 9 hingga 10 Muharram..or 10 Muharram ngn 11 Muharram..=)

Ada banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram,antaranya:
a) Allah menciptakan Nabi Adam as
b) Allah menciptakan Siti Hawa
c) Allah menerima taubat Nabi Adam as
d) Allah menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi
e) Allah menciptakan Arasy dan Loh Mahfuz
f) Bacaan selanjutnya di sini

Sempena hari Asyura, kita juga disunatkan untuk:
a) Bersedekah - Allah menjauhkannya dari neraka dan mendapat pahala seperti bersedekah kepada seluruh fakir miskin di dunia
b) Mengusap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok untuk tiap-tiap rambut yang disapu
c) Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya di dalam kubur nanti
d) Mandi sunat - Terhindar dari sakit (sakit berat) pada tahun itu
e) Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
f) Sembahyang sunat empat rakaat - Allah mengampunkan dosanya walaupun setelah 50 tahun berlarutan melakukannya

Sama samalah kita manafaatkan kedatangan 10 Muharram tahun ini..Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt..InsyaAllah..amin..=)

2 comments:

  1. Oh esok 9 Muharram? Dilemma da td nk pose ke tak, patut la diilhamkn spy tak pose.. hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe..tadi aku da baca kat satu blog ni..die kate bleh pose 9 ngn 10 or 10 ngn 11..kalo nak pose 9 hingga 11 lagi bagus..=)

    ReplyDelete