Sepertimana yang kita tahu, apabila kita berwudhuk,kita perlu membasuh atau membasahkan sebahagian anggota badan kita yang tertentu seperti tangan, mulut, muka, rambut, telinga dan juga kaki..Kenapa Allah hanya menetapkan sebahagian anggota sahaja untuk berwudhuk?Sebenarnya banyak perkara tersembunyi yang mana kita sedar mengenai berwudhuk ni..
1)Ada seorang psikiater dan neurologi dari Austria, Prof Leopold Werner von Ehrenfels menemui satu fakta yang sangat menarik tentang wudhuk..Sewaktu berwudhuk, kita sebenarnya membasuh pusat-pusat saraf yang paling peka dalam tubuh manusia seperti dahi,tangan dan kaki..Pusat pusat saraf ini sangat sensitif dan peka terhadap air segar..Apabila kita sentiasa berwudhuk, kita akan sentiasa membasuh pusat pusat saraf tersebut dan secara tidak langsung kita sebenarnya sedang memelihara kesihatan dan keselarasan pusat pusat saraf dalam tubuh badan kita..Disebabkan penemuan ini, akhirnya Prof Leopord telah memeluk agama Islam..=)
2)Ulamak fekah juga ada menjelaskan hikmah berwuduk untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani..Sedar atau tidak, anggota badan yang perlu dibasuh sewaktu kita berwudhuk adalah anggota yang selalu terdedah kepada bendasing dan juga kotoran terutamanya kaki dan tangan..Dengan tangan pula, kita sentuh anggota yang lain seperti muka, telinga, hidung dan sebagainya..Apabila kita berwudhuk, kita secara tidak langsung membersihkan anggota badan kita yang terkena kotoran dan juga bendasing..Dengan itu, kita sebenarnya dapat memelihara kebersihan fizikal dan rohani melalui berwudhuk..
3)Ulama tasawuf pula ada menjelaskan bahawa anggota badan yang kita basuh ketika berwudhuk adalah antara anggota yang paling bnyk melakukan dosa saban hari..Samaada kita sedar atau tidak, mungkin ada perkara perkara tidak baik yang kita lakukan dengan anggota badan kita..Contoh terbaik adalah kata kata kita setiap hari..Mungkin hari ini kita banyak menceritakan keaiban orang lain aka mengumpat la kan, or kita mencaci orang or berbohong..Melalui wudhuk, kita dapat membersihkan anggota badan kita dari dosa yang telah kita lakukan..Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa...Kalangan ulama pula melarang kita mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’)...
Lihatlah betapa indahnya aturan Allah swt terhadap kita..Hanya melalui berwudhuk, kita dapat memelihara pusat pusat saraf kita, memelihara kebersihan fizikal dan rohani dan jugak dapat membersihkan diri dari melakukan dosa..Subhanallah..
Hari ni kita dah pun tahu mengapa kita perlu berwudhuk dan apa kebaikan dari berwudhuk..Oleh itu,kita digalakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk..=) Kalau kita sentiasa berwudhuk, hati kita pun insyaAllah sentiasa tenang sebab kita dah bersihkan diri dari dosa dengan berwudhuk..=) Untuk kaum wanita di luar sana, sebelum tido digalakkan berwudhuk..Dengan berwudhuk kita dapat menjaga seri air muka..sentiasa nampak berseri seri..Bukan setakat pencuci muka yang mahal, air wudhuk pun dapat mencantikkan dan menyerikan paras rupa kita..InsyaAllah..=)
suke entry ni. seyes byk yg ak tak tahu psl wudhu ni sebenarnya. thanks byk2 mareney! =)
ReplyDeletehehe..welcome2..=)
ReplyDelete