Sunday, October 28, 2012

A MOMENT TO REMEMBER...

Dah lama yang amat tak update blog..Post kali ni aku buat khas untuk mereka mereka di luar sana yang telah membantu aku menjadi siapa aku pada hari ini dan masa depan..=) 

Biarla orang kate dah basi pon tapi aku nak cerita jugak..dah seminggu berlalu majlis convo aku dan rakan2 seperjuangan aku pada 21 Oct 2012..Bila dah pegang scroll, maknanya sudah tamat riwayat aku sbagai seorang student degree kat UTP..Alhamdulillah, 5 tahun menempuh suka duka bersama teman2 di UTP adalah antara pengalaman yg tak akan aku lupakan...

Sungguh aku tak tipu..sekarang baru tahu apa itu rindu akan UTP..Kalau dulu beria2 nak kerja, tapi sekarang aku sudah mula merindui zaman belajar di UTP..21 Oct 2012, adalah tarikh paling bermakna dalam hidup aku dan juga kawan2 aku yang baru menamatkan pengajian dari UTP..Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan kepada kami semua untuk mengenggam segulung ijazah disaksikan oleh orang2 penting dalam hidup kami..Bagi aku, hampir aku menitiskan air mata bila nama aku diumumkan untuk menerima ijazah sarjana muda di pentas disaksikan oleh mama..Terima kasih abah, mama, kak eina, kak biey, kak ah, dik ya, dik anis, dik lela, abg, amal, akis and ajai..You are my soul..you are my strength..Terima kasih sbb dah jadi tulang belakang niny dan sentiasa mendoakan kejayaan niny selama ni..Insyaallah, akan ku doakan kejayaan kalian semua di hadapan..=) 

Untuk mama, terima kasih kerana doa and sokongan mama yang x henti2 untuk niny...Apa yang niny kecapi hari ni adalah untuk mama dan keluarga..Insyaallah mama, niny nak tolong mama dan adik2 pada masa hadapan...Mama doakan niny dapat tunaikan janji niny..Untuk arwah abah yang slalu panggil niny "kancil", this is for you abah..Pasti abah gembira kalau dapat lihat niny pegang scroll kan..Niny doakan roh abah sentiasa dicucuri rahmat olehNya..Insyaallah, niny akan cuba menjadi anak yang solehah..

Tak lupa jgak untuk mereka mereka di sekeliling aku selama aku berada di UTP..Lecturers dan kawan2 seperjuangan..Tanpa kalian semua, tak mungkin aku kecapi apa yang ada sekarang..Terima kasih kerana sanggup mengharungi suka duka bersama2 aku ya korang..You all made who i am rite now..=) Semoga Allah kekalkan persahabatan kita semua hingga ke akhir hayat..Insyaallah...

Kat post ni jgak aku nak share gambar2 yang sempat di ambil masa convo ritu..Orang ckap hanya gambar2 je boleh buatkan kita tersenyum2 kambing bila kita tgk balik kan..Kalau tak caye, ce try tgk gambar2 lain, mesti senyum sorang2 kan..So, esok2 bila dah tua, bleh la aku belek2 godek2 balik post ni bila tgk anak cucu convo sok2..hehe...

Sehari sebelum convo...20/10/2012...Penat lelah buat fyp terbayar...=)

Hari convo...21/10/2012...Bersiap2 di Simple Stay Motel...

With mama after photography session

With mama and kak eina...

Wah...sukanya budak nak graduate ni..=p

Mama excited nak bawak kete golf ni haa..=p

Hermmm...agak2 bleh tak nak tayang muka kat board tu nanti..

Kak biey with PHD student..will complete her PHD too soon..=)

Mama with kak eina waiting for me outside Chancellor Hall with big bear!!

Thank you so much mama...Luv you soooo mucchhh...muaahhhhhhh..=)

With mama, after receiving my scroll..alhamdulillah..=)

Me with kak eina, mama and kak biey..=)

Me with my rumet, farhana...congratz fana!! =)

Me with geng Tunas Cemerlang..

Me with Lai..

Fana and Lai..

Me with Wan Pai..

Me with Adah..


From mama..=)


From Lai and Fana..=)

From Nu'man..=)

From him..=)

Finally, i'm graduated from UTP..Thank you Allah for everything you gave to me..=)

Alhamdulillah..This is for you mama...=)

P/S : Papoki, gambar kita berdua time convo takde..T_T ..sila la upload bg pihak saya..=)





Friday, March 23, 2012

HEART NOTES 3

Monday, March 19, 2012

HEART NOTES 2

Sunday, March 18, 2012

HEART NOTES 1


Wednesday, February 8, 2012

LIFE

Day by day..
Life gonna be tougher and harder..
You need to step up..
And you wanna walk until the end..


But sometimes..
Life is not easy like your dream..


How tough your life is...
How hard you need to face it..
Always remember..


Just go through it..face it..
Then you will find..
Lights will become nearer and nearer to you..
Day by day..
=)



Wednesday, January 11, 2012

SPECIAL FOR YOU..


May our friendship lasts forever..amin..=)

Wednesday, December 21, 2011

UPDATED TC GATHERING...=)

VENUE : TASIK UTP
DATE : 24/12/2012 (SATURDAY)
TIME  : 6.45AM TO 12 NOON
GAMES : CONDUCTED BY FARHANA SIDEK (SECRET..KALO DATANG BARU TAW KITA AKAN MAIN APA..=p)
SPECIAL ACTIVITY : TUKAR2 HADIAH SEBAGAI KENANGAN..SETIAP ORANG BELI SATU HADIAH UNTUK DITUKARKAN SESAMA KITA NANTI..=)

KITA AKAN LUNCH SAMA2 NANTI KAT LUAR UTP (IF CUKUP KETE)..KALO X CUKUP KETE, KITA MAKAN KAT UTP..=)

HOPE SANGAT KORANG DAPAT JOIN..LAST GATHERING ESPECIALLY TUK DELI, AIK ,YAU, WAN PAI, ALEP, MAT YO, CEK PIN, DAN SEBATCH DGNNYA..HEHE..

Thursday, December 15, 2011

TC Gathering...=)

Since sem ni last korang kat UTP...and pasni x taw bila lagi buleh lepak sama2 kan..Mari kita habiskan sisa2 masa di UTP bersama2 ni ya..=) Sila free kan masa korang semua ye!!! =p


VENUE : TBA
DATE : 24 DECEMBER 2011 (SATURDAY)
TIME : WHOLE DAY..=P
GAMES : WILL BE CONDUCTED BY FARHANA SIDEK


Tempat tak pilih lagi nak p mana..Kalau korang ada cadangan, bleh gtaw..=) Just nak taw availability korang on that day..

Tuesday, December 13, 2011

Aku Cinta Allah...

Sebuah lagu yang mampu memberi sedikit renungan untuk semua..=)

Thursday, December 8, 2011

WUDHUK

Hari ni aku nak share sikit mengenai wudhuk..Pernah tak terfikir apa kebaikan sebenarnya di sebalik kita berwudhuk? Kalau kita nak solat, kita perlu berwudhuk..Kalau kita nak baca Quran pun, kita berwudhuk terlebih dahulu..sebelum tidur pun kita digalakkan berwudhuk..Kalau hati tidak tenang dan gelisah pun kita disyorkan untuk berwudhuk? Tiap2 hari kita tunaikan solat dan tiap2 kali itulah kita berwudhuk..Tapi kenapa kita disuruh berwudhuk sebenarnya?

Sepertimana yang kita tahu, apabila kita berwudhuk,kita perlu membasuh atau membasahkan sebahagian anggota badan kita yang tertentu seperti tangan, mulut, muka, rambut, telinga dan juga kaki..Kenapa Allah hanya menetapkan sebahagian anggota sahaja untuk berwudhuk?Sebenarnya banyak perkara tersembunyi yang mana kita sedar mengenai berwudhuk ni..

1)Ada seorang psikiater dan neurologi dari Austria, Prof Leopold Werner von Ehrenfels menemui satu fakta yang sangat menarik tentang wudhuk..Sewaktu berwudhuk, kita sebenarnya membasuh pusat-pusat saraf yang paling peka dalam tubuh manusia seperti dahi,tangan dan kaki..Pusat pusat saraf ini sangat sensitif dan peka terhadap air segar..Apabila kita sentiasa berwudhuk, kita akan sentiasa membasuh pusat pusat saraf tersebut dan secara tidak langsung kita sebenarnya sedang memelihara kesihatan dan keselarasan pusat pusat saraf dalam tubuh badan kita..Disebabkan penemuan ini, akhirnya Prof Leopord telah memeluk agama Islam..=)

2)Ulamak fekah juga ada menjelaskan hikmah berwuduk untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani..Sedar atau tidak, anggota badan yang perlu dibasuh sewaktu kita berwudhuk adalah anggota yang selalu terdedah kepada bendasing dan juga kotoran terutamanya kaki dan tangan..Dengan tangan pula, kita sentuh anggota yang lain seperti muka, telinga, hidung dan sebagainya..Apabila kita berwudhuk, kita secara tidak langsung membersihkan anggota badan kita yang terkena kotoran dan juga bendasing..Dengan itu, kita sebenarnya dapat memelihara kebersihan fizikal dan rohani melalui berwudhuk..

3)Ulama tasawuf pula ada menjelaskan bahawa anggota badan yang kita basuh ketika berwudhuk adalah antara anggota yang paling bnyk melakukan dosa saban hari..Samaada kita sedar atau tidak, mungkin ada perkara perkara tidak baik  yang kita lakukan  dengan anggota badan kita..Contoh terbaik adalah kata kata kita setiap hari..Mungkin hari ini kita banyak menceritakan keaiban orang lain aka mengumpat la kan, or kita mencaci orang or berbohong..Melalui wudhuk, kita dapat membersihkan anggota badan kita dari dosa yang telah kita lakukan..Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa...Kalangan ulama pula melarang kita mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’)...

Lihatlah betapa indahnya aturan Allah swt terhadap kita..Hanya melalui berwudhuk, kita dapat memelihara pusat pusat saraf kita, memelihara kebersihan fizikal dan rohani dan jugak dapat membersihkan diri dari melakukan dosa..Subhanallah..

Hari ni kita dah pun tahu mengapa kita perlu berwudhuk dan apa kebaikan dari berwudhuk..Oleh itu,kita digalakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk..=) Kalau kita sentiasa berwudhuk, hati kita pun insyaAllah sentiasa tenang sebab kita dah bersihkan diri dari dosa dengan berwudhuk..=) Untuk kaum wanita di luar sana, sebelum tido digalakkan berwudhuk..Dengan berwudhuk kita dapat menjaga seri air muka..sentiasa nampak berseri seri..Bukan setakat pencuci muka yang mahal, air wudhuk pun dapat mencantikkan dan menyerikan paras rupa kita..InsyaAllah..=)


Sunday, December 4, 2011

Mari berpuasa..

Sepertimana yang korang tahu,esok adalah 9 Muharram..dan kita disunatkan berpuasa bermula 9 Muharram hingga 11 Muharram..Dalam bulan Muharram,terdapat satu hari yang sungguh bertuah iaitu 10 Muharram atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura..kalau kat sekolah dulu, selalu ada majlis "ngaca sugho"...(singkatan bahasa kelate)..Antara kelebihan berpuasa pada 10 Muharram ialah insyaAllah akan dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya..

Kenapa kita kena puasa bermula 9 Muharram??kan Hari Asyura tu 10 Muharram??Macam ni..orang yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram..jadi untuk membezakan umat Islam dengan orang yahudi,kita disunatkan berpuasa mulai 9 Muharram hinggalah 11 Muharram..kalau x larat,boleh puasa 9 hingga 10 Muharram..or 10 Muharram ngn 11 Muharram..=)

Ada banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram,antaranya:
a) Allah menciptakan Nabi Adam as
b) Allah menciptakan Siti Hawa
c) Allah menerima taubat Nabi Adam as
d) Allah menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi
e) Allah menciptakan Arasy dan Loh Mahfuz
f) Bacaan selanjutnya di sini

Sempena hari Asyura, kita juga disunatkan untuk:
a) Bersedekah - Allah menjauhkannya dari neraka dan mendapat pahala seperti bersedekah kepada seluruh fakir miskin di dunia
b) Mengusap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok untuk tiap-tiap rambut yang disapu
c) Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya di dalam kubur nanti
d) Mandi sunat - Terhindar dari sakit (sakit berat) pada tahun itu
e) Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
f) Sembahyang sunat empat rakaat - Allah mengampunkan dosanya walaupun setelah 50 tahun berlarutan melakukannya

Sama samalah kita manafaatkan kedatangan 10 Muharram tahun ini..Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt..InsyaAllah..amin..=)

Sunday, November 27, 2011

i'm fully book until week 14...

WEEK 10 (28/11 - 4/12)
-Jumpa Dr Indra and Dr Amilla(Tue,29/11)
-Trip Sludge (Wed,30/11 - Thur,1/12)
-Jumpa Mr Cheok (Fri,2/12)
-Emel list nama untuk EIS kat Dr Faris

WEEK 11 (5/12 - 11/12)
-Trip Sludge(8/12)
-Weekend = Study Sludge Test 2

WEEK 12 (12/12 - 18/12)
-Test Sludge (Mon,12/12)

WEEK 13 (19/12 - 25/12)
-Presentation CED (Tue,20/12)
-Hantar project ECONS (Tue,20/12)
-Hantar project EIS (Fri,23/12)

WEEK 14 (26/12 - 1/1)
-Coming soon....

STUDY WEEK ==> 31/12 - 4/1/2012




Saturday, November 26, 2011

Batu besar, batu kerikil dan pasir...

Post kali ini aku nak cerita mengenai batu besar,batu kerikil dan jugak pasir..Mari kita buat eksperimen..

Eksperimen 1
Ambil satu baldi kosong..isikan dengan batu besar sampai baldi itu penuh..Kemudian bila batu besar dah tak buleh masuk dalam baldi tu,masukkan plak batu kerikil yang kecil2 kat celahan batu besar dalam baldi tu..isi sampai batu kerikil tu tak buleh masuk dah dalam baldi tu..last skali..masukkan pasir di celahan batu2 besar dan batu kerikil..

Eksperimen 2
Ambil satu lagi baldi kosong..isikan dengan pasir...bila pasir dah penuh, cuba isikan dengan batu2 kerikil..dan seterusnya batu2 besar..

Cuba kita renungkan..antara baldi dalam eksperimen 1 dan baldi dalam eksperimen 2, baldi mana lagi berguna dan banyak isinya? Tentulah baldi dalam eksperimen 1 kan..Dapat isi batu2 besar,batu2 kecil dan jgak pasir..Baldi dalam eksperimen 2 plak hanya buleh masukkan pasir..sedikit batu kerikil..dan mungkin sebiji dua sahaja batu besar...

Actually, kita boleh analogikan baldi tu diri kita..Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” tersebut? Batu besar tu sebenarnya keluarga kita, pelajaran kita,ibadat kita, pekerjaan kita dan perkara2 yang penting dalam hidup kita  yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam kehidupan seharian kita.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil . Bila kita mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti batu kerikil dan pasir) maka hidup kita akan penuh dengan perkara-perkara kecil seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa kita terbuang begitu sahaja sehari hari...Kerana itu, kita tak akan pernah ada masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting...


Normal la hidup sebagai student penuh dugaan..nak main facebook la..nak p lepak mamak la..nak p karoake la..nak p shopping laa..tu semua benda kecil dlm hidup kita..tak salah nak buat semua tu,tapi utamakan lah benda penting dahulu..dah ciap esaimen,dah habis study,dah buat lab report..haa..p la nak p mane pon,tp still la jangan lalai dan leka..

Aku buat post ni pon sebab aku perasan semenjak dua menjak ni..aku banyak sangat melagha..keje bertimbun2 tapi last2 minute baru nak buat..masa free banyak je sebenarnya..alasan je semua tuh kalo bnyk sngt keje..itu aku la..maybe ada jgak keadaan seperti aku..=p

Sempena tahun baru 1433 Hijrah ni..marilah kita sama2 berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik..utamakan apa yang penting dalam hidup kita..InsyaAllah..


Mari sama2 kita baca doa awal tahun...semoga hari2 mendatang lebih bermanafaat dan cemerlang dengan kehendakNya..InsyaAllah..=)


Friday, November 18, 2011

Untukmu Adam dan Hawa





Untukmu Hawa..
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Untukmu Adam..
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa




Tuesday, October 11, 2011

Ini Kisahku..

Surah Ali Imran ayat 8:

Rabbana la tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana wahab lana mil ladunka rahmah, innaka antal wahab.
“Ya tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi engkau; karena sesungguhnya engkau-lah maha pemberi (karunia)”. 


Ambil masa seketika untuk tgk video Wardina ni..Kalau dia buleh, insyaAllah kita juga boleh..Orang tak buleh paksa kita untuk berubah, but one day akan ada satu saat kita terasa nak berubah..Just like dalam video ni Wardina says " Allah memilih orang orang untuk berubah.." Terasa amat tersentuh bila dengar apa yang dikatakan oleh Wardina dalam video ni, "Alhamdulillah Allah tak biarkan saya terpesong dan terkapai kapai seperti ramai kawan2 saya di luar sana.." Allah swt tunjukkan kuasanya untuk Wardina berubah menjadi lebih baik dan menjadi seorang wanita yang solehah..

Dalam video ni jugak, Wardina ada nyatakan " Bila kita ingin mendekatkan diri kepada Allah, berkawanlah dengan orang orang yang baik.." Sebelum ini pun,aku penah dengar ayat ni : Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, bau minyak wangi tu pun lama2 akan melekat pada kita..Dan kalau kita berkawan dengan pemateri besi, lama2 bau besi tu pun boleh melekat kat kita..Penjual minyak tu kat sini boleh diibaratkan mereka2 yang baik dan sentiasa berpegang teguh kepada agama..InsyaAllah, jika kita selalu bersama mereka, kita juga akan dianugerahkan sifat baik dan berpegang teguh kepada agamaNya..

Just sharing apa yang aku jumpa hari ni..Mungkin ada yang dah penah dengar, but actually it's very interesting for me..Wish i can be like her one day..berubah menjadi yang lebih baik...Amin..=)

Friday, October 7, 2011

MUSLIMAH



Semoga dapat jadi muslimah sejati suatu masa nanti..amin..=)

Thursday, October 6, 2011

Kehebatan Asmaul Husna

Pagi ni aku terbangun awal dari hari2 biasa..tak lena tido semalam memikirkan tajuk FYP..Saat2 hati tak tenang dan diburu kerisauan,waktu inilah aku rasa dekat dengan pencipta segala makhluk di dunia ni..Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang manusia, teringat penciptaNya bila berada dalam kesusahan..Tergerak hati aku untuk bukak satu buku kecik pemberian seorang kakak sempena perkahwinannya baru baru ni..Dalam buku kecik ni terkandungi rahsia di sebalik Asmaul Husna..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa menghafalnya akan masuk syurga." Riwayat Bukhari, Muslim, & Tirmidzi.

Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam Asmaul Husna terdapat misteri yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia.InsyaAllah, Allah akan mengabulkan keinginan seseorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan misteri yang terkandung di dalam nama tersebut.

Pagi ini aku ingin kongsi kehebatan beberapa nama2 dalam Asmaul Husna yang mungkin amat berguna untuk sesiapa sahaja hambaNya di luar sana...

1)YA ALLAH : Bacalah 5000x dengan khusyuk, tertib, ia akan dapat membersihkan rohani untuk dekat pada Allah SWT setiap hari..

2)YA RAHMAN (Maha Pemurah) : 500x sesudah solat 5 waktu, maka hati kita akan menjadi terang, tenang, tidak pelupa dan rasa gugup akan hilang dengan izin Allah..sangat berguna kita terutama apabila ingin menghadapi peperiksaan, presentation dan mudah memahami apa yang dipelajari..

3)YA BARI' (Maha Membebaskan) : 100x selama 7 hari berturut2 (sewaktu menderita sakit), InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.

4)YA RAZZAQ (Maha Pemberi Rezeki) : baca mengikut kemampuan sesudah solat fardhu, InsyaAllah dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat..sangat berguna apabila kita ingin melangkah ke interview mencari pekerjaan satu masa nanti...dan urusan2 yang lain..

5)YA SHAKUR (Maha Pembalas) : 40x,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak..Amat baik jika dilakukan selepas solat hajat..

Untuk pagi ini aku kongsi 5 kehebatan Asmaul Husna..Jangan takut melihat bilangan angka kita perlu menyebut namaNya, yang penting hati ikhlas melakukannya..lain kali insyaAllah aku kongsi lagi..Lihatlah betapa besarnya keagungan Allah SWT..dengan hanya menyebut namaNya boleh menolong kita dari segala aspek kehidupan kita..Subhanallah..sama2lah kita manafaatkan apa yang baik untuk kita..amin..=)


Opick - Cahaya Hati 

Wednesday, October 5, 2011

I'm not ready yet..

Sejak kuarnya announcement suh register subject sampai la malam ni..Otak aku ni masih keliru..still tak ready nak jadi AFY rasanya..alangkah bahagianya kalau hidup semudah "makan kacang putih" bak kata lecturer aku..


Masa muda mudi, tak nak amik taw..skang aku jugak terumbang ambing..nervous..terpinga pinga..kelihatan b**** pun ada aku rasa..Start dari nak pilih major ritu lagi,sibuk ke hulu ke hilir tanya orang..aku pun tak tahu apa nak amik..tak tahu apa yang aku minat..kecoh satu kampung sebab nak pilih major..(macam aku sorang je study kat universiti..haaiihh..) But so far, alhamdulillah, aku dah dapat pilih major yang aku rasa cocok buat aku..Dan setakat ni,aku yakin dgn pilihan aku..ENVIRONMENTAL ENGINEERING..itulah pilihan aku walaupun masa aku blaja subject wastewater dulu,aku beria2 cakap aku tak kan sesekali amik ENVIRONMENTAL ENGINEERING..But now,you see what happened??


Dan petang tadi, lecturer aku baru announce yang kiteorg dah buleh amik FYP 1 start dis sem..Napela sem ni..otak aku dah set next sem..sekali lagi otak aku diburu kebingungan..Tak dek idea lansung den ni..Kalau pasal FYP actually dari dulu penah aku pikir..Tapi tak da penghujungnya..Kalau aku fikir,last2 mesti aku naik katil pastu tido..haha..(malas nak semakkan otak la konon..)..Sekarang, perasaan takut dan gementar dah datang..Sedia ke aku nak jadi AFY sebenarnya ni..setahun lagi akan grad dan insyaAllah kalau dimurahkan rezeki oleh Allah swt, aku akan start bekerja..Waaaa..takutnya!!!


Sampai malam ni,dalam kepala aku masih terngiang2 soklan yang diajukan oleh lecturer aku kat dalam class pagi kelmarin..malu den tak leh jawab soklan dia.."WHY YOU WANT TO BECOME A CIVIL ENGINEER??" soklannya pendek,ringkas dan padat..Tapi,aku tak buleh jawab pun..kena betul2 kat atas muka aku..adeii..sampai skang aku duk fikir soklan tu..Dan sampai malam ni aku still  tak da jawapan tuk soklan lecturer aku tu..


Kadang2 terlintas kat hati aku..betul ke aku ni ditakdirkan untuk amik engineering..Aku amik civil engineering ni pun akak aku yang pilihkan..ditambah pula dapat scholar PETRONAS, main rembat je..Lagipun "engineering student" bunyik gempak la katakan..Memang dari mula dah ikut cakap orang..Bak kata nur, "LALANG la ko ni.."Tapi semuanya dah terlambat untuk undur semula..Aku pun dah 22 tahun dah..bukan umur 18 tahun macam mula2 masuk UTP dulu..Jadi, let bygone be bygone..Apa yang akan datang perlu ditempuhi dengan tabah..


Sekarang ini, alarm dah bunyik untuk wake up call...wake up mareney wake up!!!you're not a kid anymore..semua benda nak kena suap..


Walaupun skang baru terasa tak berapa suka engineering,tapi aku yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..


Surah Al Baqarah ayat 216: Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya...


Walau apapun yang perlu aku hadapi lepas ni,back to basic..Walau macam mana takut..gementar...cuak...terpinga2nya aku, aku tahu Allah ada untuk menenangkan aku..Semoga dipermudahkan jalan untuk aku dan juga rakan2 aku yang seangkatan denganku..amin..


Surah Al Insan ayat 30 : Tetapi kamu tidak mampu menempuhi jalan itu,kecuali apabila dikehendaki Allah..Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana..



Sunday, September 25, 2011

Malas??

Alhamdulillah sem baru bermula hari ini..Tahun akhir semester satu untuk aku dan membe2 aku..okeh..kami dah jadi AFY = akak final year..haha..oleh sebab itu,kiteorang perlu lah gigih sedikit belajar dari tahun2 terdahulu...tambah2 lagi baru blik intern,otak berkarat2 la nak ingt pe yg dah blaja dulu2..sbb otak dah ade karat2 la jadi malas nak tgk buku..kene stat dari mulakah??haha..


Sempena dah masuk sem baru nih,meh nak kongsi tips2 JANGAN JADI MALAS..nasihat untuk aku,kaum keluarga dan mereka2 yang seangkatan ngan aku..Kalo lah korang tgh semangat2 nak study,tiba2 kelopak mata nak sujud ke bumi, pe korang kene buat??Sila tgk kat bawah..


1)Bangun dari kerusi, p basuh muka..touch up2 muka lu..telek2 muka lu..picit2 jerawat lu..biar tersedar dari mimpi indah tuh..haha..kalo x jadi gak, masuk je trus shower room,MANDI!!tu pon kalo rajin la..:p


2)Ubah posisi korang..dari duduk,korang berdiri..kalo dah berdiri,sila lompat2..dan kalo dah x jadi gak,sila bukak tingkap, dan terjun ke bawah..kompem ilang ngantuk..tapi tidak digalakkan untuk semua..


3)Ubah ruang study..kalo dah tak buleh nak study kat meja tuh, amik buku bersila kat bawah meja..kalo tak pon, p duk kat dapur ke..(oh ye..dapur umah kami sudah bersih dan berkilat2..meh2 sape2 nak tumpang blaja..haha)...kalo x jadi jgak, sila ketuk bilik sebelah, cakap nak tumpang meja..tu pon kalo dieorg kasi kan...amaran keras!!JANGAN SESEKALI UBAH RUANG KE KATIL kalo x nak jadi dugong terbongkang!!


4)Lekkkk luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...p wat air satu jug..kalo x abis minum t, bagi kat housemate.sharing is caring..kalo buleh habiskan sorang2, tak yah kongsi..kang kena wat air lain plak..


5)Haaa..yang ni aku salo buat masa muda2 dulu..marilah kita bersama2 merapatkan hubungan silaturrahim..sila lah berkunjung ke bilik2 berdekatan sahaja..tak perlu jauh2..dah sampai ke bilik tuh, tak yah anyam ketupat..SAY NO TO KETUPAT!!!..raya dah nak abis..tuan bilik tu plak,pandai2 la bancuh oldtown white coffee ke..teh lipton ke..teh boh ke..milo ke..jangan duk borak je..jamu biskut2,kuih muih yang ada..murah rezeki..amin..ahaks!


Tu la serba sedikit yang boleh dikongsi hari ni..dahla2..nak p berebut masuk toilet nih nih..cikgu dah panggil suh p kelas..papai!!


"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)

Saturday, September 24, 2011

Selawat Murah Rezeki..=)

Mari berhibur sambil berselawat..=)


ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM...

WAHAI ALLAH RAHMATI, DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT
MELAPANGKAN REZEKI KAMI, DAN MENJADIKAN BAIKNYA
AKHLAK KAMI

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

DAN CURAHKANLAH (dan curahkan lah)
KESEJAHTERAAN (kesejahteraan) ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA...